Assalamualaikum.....
Selamat dAtang RamadHan
Selamat menyambut ramadhan AL Mubarak....
Alhamdulillah dah dekat ramdhan menghampiri kita..semakin kita rasa nak berusaha untuk tingkatkan amal....
sok 15 hb oktober....1st day Semua umat Islam akan berpuasa...
insyaAlllah kita akan sama2 berusaha agar ramadhan kali ini tidak sia2....
ini sedikit artikel tentang pose........
Walaupun setiap tahun kita menempuhinya, namun hakikatnya ramai di kalangan kita yang masih tidak memahami konsep sebenar ibadah puasa atau al-soum. Pada hari Khamis atau Jumaat ini, umat Islam akan mula berpuasa pada Ramadan. Bulan itu penuh dengan kemuliaan dan ganjaran pahala berlipat ganda terhadap mereka yang ingin mendapatkan keredaan Allah.
Namun, sebelum menghadapi Ramadan, eloklah kita mengulang kaji semula kefarduan puasa semoga ibadat itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat.
l Dalil wajib puasa Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa pada Ramadan bersandarkan dalil berikut:- Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu seperti diwajibkan ke atas orang yang terdulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw, itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada Ramadan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan adanya dalil daripada al-Quran dan hadis yang jelas mengenai kewajiban berpuasa pada Ramadan, maka orang yang mengingkari kewajipan itu dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam).
Lafaz niat puasa Ramadan. Maksudnya: “Sahaja aku puasa esok hari pada Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.” Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya (sebulan). Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada Ramadan kerana Allah Taala.”
Syarat berpuasa empat perkara iaitu:-
1. Islam. - Tidak diwajibkan kepada orang kafir.
2. Baligh. - Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Bagaimanapun, kanak-kanak digalakkan berpuasa.
3. Berakal. - Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.
4. Berkemampuan. Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir dan orang tua.
Syarat sah puasa itu enam perkara iaitu:-
1. Islam. - Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian dia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal.
2. Berakal. Orang gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid.
4. Masuk waktu puasa.
5. Berniat pada setiap malam. Mengikut mazhab Imam Malik memadai dengan sekali niat saja, iaitu pada malam pertama Ramadan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa.
2. Niat.
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
::Senyum ITu SeDekAh::
Sekadar catitan harian ku .... khas juga di tujukan buat semua sahabatku yng sudi melawat blog aku ini.... mengisi keboringan melayari bahtera ilmu di UTM nih....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home